Carian
Berpeluang Dapat TV 4K Berharga RM 24,999 Dengan Samsung Galaxy S24? Bagaimana? Mari Kami Kongsi!
May 10, 2024 Amy Maizuraa

Galaxy AI is Here! Slogan yang ringkas tetapi mampu menonjolkan keunikan pada produk. Konsep inilah yang digunakan oleh Samsung dalam mempromosikan barisan produk baharunya Galaxy S24 yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah lain daripada yang lain. Melaluinya Samsung menampilkan integrasi penuh kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai tugasan dalam kehidupan sosial. Ia bermula dengan kebolehan terjemahan langsung (Live Translate), carian gambar (Circle to Search with Google), suntingan imej (Photo Assist) dan bantuan untuk bersembang (Chat Assist).

Tetapi mesti anda tidak sangka sebenarnya ada perkara yang lagi best sebagai pengguna peranti Galaxy S24 ini. Memang best sebabnya anda berpeluang untuk memenangi sebuah Samsung 85” Neo QLED QN90C 4K Smart TV yang bernilai RM24,999! Kedengaran menarik bukan? Pastinya suatu pengalaman yang lain daripada yang lain. Pada masa sama mampu menggalakkan pemahaman mengenai teknologi AI pada peranti Samsung dalam komuniti yang lebih luas daripada pelbagai latar belakang.

Dinamakan sebagai AI-volution Squad Referral Program, kempen ini berlangsung dari sekarang hingga 29 Mei 2024. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas dengan identiti pengenalan yang sah. Cara untuk menyertainya cukup mudah dengan hanya memastikan anda merupakan pemilik barisan peranti terkini Galaxy S24.

Apa yang perlu dilakukan ialah tebus kod rujukan khusus melalui Samsung Member Apps kemudian kongsikannya bersama keluarga, rakan-rakan ataupun orang tersayang yang berminat untuk membeli mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy AI terpilih. Pembelian pula boleh dilakukan di mana-mana kedai konsep Samsung, pengedar sah, rakan kerjasama atau secara atas talian di Lazada dan Shopee. Berikut adalah senarai lengkap model peranti yang peranti terpilih sepanjang tempoh kempen:

  • Galaxy S24 Ultra
  • Galaxy S24+
  • Galaxy S24
  • Galaxy S23 Ultra
  • Galaxy S23+
  • Galaxy S23
  • Galaxy Z Fold5
  • Galaxy Z Flip5

Sebaik sahaja pembelian dibuat mereka perlu muat-turun dan mendaftar Samsung Member App untuk memasukkan kod rujukan yang diberikan. Ia boleh diisi melalui bahagian promosi AI- volution Squad Referral Program yang disediakan di bawah tab ‘Benefits’. Apabila proses itu selesai, anda bukan sahaja boleh mendapat kod rujukan yang berjaya malahan mereka yang terlibat juga akan mendapat Samsung Rewards Points bernilai RM240! Ia akan dikreditkan ke dalam Samsung Member Apps dalam tempoh dua minggu selepas tamat kempen dan sah digunakan sehingga 30 Jun 2024.

Walaupun begitu, perlu dinyatakan bahawa sekurang-kurangnya lima (5) kod rujukan yang berjaya diperlukan bagi melayakkan anda menyertai kempen ini. Seterusnya mana-mana pelanggan dengan kod rujukan berjaya yang paling banyak digunakan sudah tentunya memberi berpeluang besar untuk membawa pulang memenangi sebuah Samsung 85” Neo QLED QN90C Smart TV! Jangan risau kerana anda boleh mengetahui keputusan serta-merta melalui emel yang dihantar oleh Samsung Malaysia.

Ingin kami kongsikan serba sedikit mengenai barisan peranti Galaxy S24. Di Malaysia, sebanyak tiga variasi model iaitu Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 yang diumumkan dengan masing-masing dilengkapi teknologi terkini AI. Ini bagi membolehkan peranti memberi nilai menarik terhadap apa yang ditawarkan. Sekaligus memenuhi kehendak pengguna moden yang mahukan produk berkualiti untuk pengalaman penggunaan terbaik

Harga jualan peranti bermula RM4,099 (8/256GB) dan RM4,599 (12/512B) untuk Galaxy S24. Sementara itu Galaxy S24+ dijual pada RM4,899 (12/256GB) dan RM5,399 (12/512GB). Akhir sekali Galaxy S24 Ultra berharga RM6,299 (12/256GB), RM6,799 (12/512GB) dan RM7,799 (12/1000GB). Untuk maklumat lanjut dan lebih banyak promosi menarik, layari laman web rasmi Samsung Malaysia. 

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.

Komen