Carian
Sharp Melancarkan AQUOS R9 Dengan Cip Snapdragon 7+ Gen 3 Serta Lensa Leica
May 9, 2024 Amy Maizuraa

Pengenalan peranti baharu AQUOS R9 meruapakan usaha Sharp untuk meluaskan portfolio produknya. Ia dilengkapi reka bentuk minimalis dengan dua pilihan warna iaitu Green dan White disediakan. Ini digabungkan dengan sistem kamera Leica yang menjadi salah satu tumpuan menarik pada peranti.

Untuk spesifikasi penuh, Sharp AQUOS R9 dilengkapi skrin Pro IGZO OLED sebesar 6.5-inci dengan kadar segar semula 240Hz. Ia juga dijana oleh cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Selain turut memuatkan sistem penyejukan terbina bagi memastikan suhu peranti sentiasa stabil.

Kamera utama yang digunakan pula terdiri dengan dwi-sensor 50.3MP bersama lensa Leica dan OIS terbina. Kamera swafoto juga sama sebesar 50.3MP yang diletakkan dalam lubang kecil di skrin hadapan. Sharp turut melengkapkan lagi peranti ini dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara stereo, kalis air IPX5/IPX8/IP6X dan sistem operasi Android 14. Tiada butiran mengenai harga diketahui buat masa ini.

Komen