Carian
IQOO Z9x 5G Dan Z9 5G Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM999
May 9, 2024 Amy Maizuraa

Peranti baharu IQOO Z9 dan IQOO Z9x telah diumumkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Kedua-duanya dipasarkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan 5G terbina. Seterusnya dikatakan mampu menjanjikan prestasi yang kukuh dalam julat harga yang memadai dalam kelasnya.

IQOO Z9 5G dilengkapi skrin AMOLED FHD+ (2800 x 1260 piksel) sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Bateri 6,000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 80W.

IQOO melengkapkan lagi peranti ini dengan kamera utama 50MP Sony IMX882 + 2MP (bokeh), swafoto sebesar 16MP dan perisian terkini Funtouch OS 14 (berasaskan Android 14). Selain turut mempunyai pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo, pemancar IR dan sokongan NFC.

IQOO Z9x 5G pula menawarkan skrin IPS LCD FHD+ (2408 × 1080 piksel) sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dijana cip Snapdragon 6 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Diikuti juga bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

Kamera utama terdiri dengan 50MP (sudut lebar) + 2MP (bokeh) dan swafoto sebesar 8MP. Selain turut memuatkan pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, kalis air IP64 dan sokongan NFC sebagai pelengkap. Harga jualan peranti bermula RM999 (8/128GB), RM1099 (8/256GB) dan RM1199 (12/256GB) untuk IQOO Z9x 5G. Sementara itu, IQOO Z9 5G pula bernilai RM1399 (8/256GB) dan RM1499 (12/256GB) sebuah.

Komen