Carian
Setiap Pembelian Apple Pencil Pro Hadir Dengan Kotak Bercorak Yang Berbeza
May 9, 2024 Fahim Zahar

Semasa acara Let Loose oleh Apple untuk melancarkan iPad Air M2 dan iPad Pro M4, Apple Pencil Pro turut dilancarkan. Pencil Pro ini hanya menyokong iPad-iPad baharu kerana sistem pengecasan magnet yang berbeza serta rekaan komponen dalam yang baharu. Apa yang menarik dengan stilus baharu Apple ini adalah, ia hadir dengan kotak bercorak berbeza untuk setiap pembelian.

Apple Pencil Pro dijual di Malaysia dengan harga RM599. Setiap kotak Apple Pencil Pro ini mempunyai corak berbeza yang memaparkan perkataan “Pro” yang menari. Sayang sekali, pembeli tidak boleh memilih corak yang mana kerana Apple akan menghantar setiap tempahan secara rawak. Pencil Pro baharu ini menyokong tekanan pada tubuh, boleh mengesan putaran menerusi ciri Barrel Roll, mempunyai sistem getaran haptik dan turut boleh dicari dengan sistem Find My.

Komen