Carian
Prime Video Mula Memaparkan Iklan Apabila Video Dijeda
May 9, 2024 Fahim Zahar

Prime Video sejak tahun lepas mula menjadi popular apabila filem dan drama bersiri tempatan mula disiarkan. Bukan itu sahaja, kandungan Amazon Originals tempatan seperti Budak Flat dan That Cover Girl. Terbaru, Amazon bakal memperkenalkan iklan setiap kali video di Prime Video dijeda.

Iklan ini akan menggalakkan pengguna membeli belah di laman e-dagang Amazon. Antara iklan yang akan dipaparkan adalah jenis interaktif, trivia dari pelbagai jenama lain. Jika pengguna berinteraksi iklan yang dipaparkan, produk akan terus ditambah ke troli Amazon.

Buat masa ini, iklan ini hanya akan terhad di negara terpilih seperti Amerika Syarikat dan negara-negara yang menyokong pembelian di laman e-dagang Amazon. Tidak pasti jika pelan dengan iklan akan ditawarkan di Malaysia di masa akan datang. Di Malaysia hanya satu pelan dengan bayaran RM25 sebulan ditawarkan dan ia menunjukkan iklan mempromosikan kandungan menarik Prime Video sahaja sebelum video dimainkan.

Komen