Carian
Realme GT Neo6 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8s Gen 3 Dan Pengecasan Pantas 120W
May 9, 2024 Amy Maizuraa

Peranti baharu Realme GT Neo6 diumumkan secara rasmi di China sebentar tadi. Telefon pintar ini dilengkapi skrin AMOLED FHD+ (2780 X 1264) bersaiz 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 6,000nits. Ini dipadankan dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin bersama kamera swafoto sebesar 32MP.

Selain itu, cip Snapdragon 8s Gen 3 digunakan dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 1TB. Bateri 5,500mAh juga disertakan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Dalam masa sama turut menjalankan perisian terkini Realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Melengkapi peranti ialah dwi-kamera utama dengan tetapan 50MP (Sony IMX882) + 8MP ultra lebar. Diikuti juga dengan kemampuan kalis air IP65 dan pembesar suara stereo Dolby Atmos diberi bersama. Realme GT Neo6 dijual di China bermula RMB2,099 (~RM1,376) (12/256GB), RMB2,399 (~RM1,573) (16/256TB) dan RMB2,999 (~RM1,966) (16GB/1TB) sebuah.

Komen