Carian
TikTok Akan Menambah Label Pada Kandungan Yang Dijana Menggunakan AI
May 9, 2024 Aman

TikTok kini mengumumkan mereka akan mula menambah label “AI-generated” pada pelbagai kandungan yang dijana menggunakan penjana berasaskan kecerdasan buatan. 

Untuk makluman, pihak TikTok sedia melabel kandungan yang dijana menggunakan fungsi terbina pada aplikasi TikTok tersendiri. Pengumuman terbaru ini memperlihatkan TikTok turut akan mula melabel untuk kandungan yang dijana berasaskan kecerdasan buatan pada platform lain – seperti Dall-E dan sebagainya.

Untuk tujuan ini, TikTok menjadi salah satu ahli kerjasama untuk Adobe Content Authenticity Initiative (CAI) – sekaligus menjadikan ia antara platform media sosial terawal melakukan perkara ini.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan turut memudahkan para pengguna platform berkenaan dalam mengenal-pasti kandungan yang dijana kecerdasan buatan, dan lebih berhati-hati dalam pemahaman sesuatu perkongsian.

Komen