Carian
Apple Akan Menggunakan Cip M2 Ultra dan M4 Untuk Pelayan AI Awanan
May 10, 2024 Effi Saharudin

Awal minggu ini muncul laporan Apple sedang membangunkan cip kendiri yang akan digunakan pada pelayar AI awanan mereka. Di bawah projek Apple Chips in Data Center (ACDC), pelayar AI ini akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan AI yang akan ditawarkan pada pelbagai peranti Apple bermula tahun ini. Bloomberg hari ini melaporkan tiada cip baharu yang khusus akan dibangunkan, sebaliknya cip M2 Ultra akan digunakan sebelum bertukar pula kepada cip M4.

Sistem AI generatif pada peranti Apple kelak akan diproses di awanan untuk tugasan yang berat dan tugasan ringan pula akan dijalankan terus pada peranti. Ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh Samsung dan Google pada ketika ini. Dengan pelayar AI sendiri, Apple boleh memastikan data serta privasi pengguna akan lebih selamat.

Cip M4 mempunyai NPU dengan kuasa 38 TOPS yang lebih rendah kuasanya berbanding Snapdragon X Elite dengan 45 TOPS. Tetapi ini masih lagi usaha sulung Apple untuk menawarkan ciri AI pada produk mereka dan mereka mungkin merasakan kuasa M4 adalah lebih daripada mencukupi.

Komen