Carian
Unifi Mobile Tawarkan 30,000 Kad SIM Percuma Untuk Jemaah Haji
May 10, 2024 Aman

Telekom Malaysia, melalui Unifi Mobile kini mengumumkan penawaran 30,000 kad SIM percuma kepada para jemaah untuk musim haji 2024. Selain jemaah, tawaran ini juga diperluaskan kepada kakitangan dan sukarelawan Tabung Haji.

TM menyatakan kad SIM ini akan disediakan semasa kursus anjuran Tabung Haji, dan juga melalui Unifi Store di seluruh negara sebelum musim haji 2024 ini.

Disamping itu, Unifi Mobile turut menawarkan pelan perayauan dinamakan Pas Timur Unifi Mobile, yang membolehkan pengguna mendapatkan pas perayauan di Arab Saudi pada harga antara RM15 untuk sehari, dan sehingga RM125 untuk 45 hari.

Komen