Carian
WhatsApp Mengemaskini Rekaan Antaramuka Pada iPhone Dan Android
May 10, 2024 Aman

WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan antaramuka baharu pada iPhone dan Android, selepas mula memperkenalkan ia secara berperingkat sejak beberapa bulan lepas. Kini, ia mengutamakan penggunaan warna hijau untuk notifikasi, menu dan sebagainya, disamping pada bahagian atas sekali ia memfokuskan sokongan carian dan juga akses kepada Meta AI melalui kotak carian berkenaan. Namun, Meta AI masih belum aktif untuk pengguna tempatan.

Pada Android, bahagian menu kini ditawarkan pada bahagian bawah dan bukannya di bahagian atas lagi. Bahagian gambar latar pada tetingkap sembang turut diberikan nafas baharu, selain pada ikon dan sebagainya.

WhatsApp turut menyatakan kini mereka menawarkan pilihan tema gelap yang “lebih gelap”, dalam memberikan keselesaan mata kepada pengguna.

Pelbagai kemaskini ini telah diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp sejak sebelum ini, dan kini ia diumumkan secara rasminya.

Bagi anda, adakah anda menyukai antaramuka baharu WhatsApp ini?

Komen