Carian
Microsoft Menguji “Start Menu Companions”, Widget Terapung Dalam Menu Start
May 10, 2024 Fahim Zahar

Anda ingat lagi Live Tiles yang terkenal pada Windows 8, masih ada pada Windows 10 tetapi hilang dalam Windows 11? Nampaknya Microsoft mula menguji ciri baharu yang akan mengembalikan ciri seakan Live Tiles dalam menu Start. Ciri ini adalah Start menu Companions.

Sama seperti widget dalam Windows 11, Start menu Companions dikatakan turut merupakan widget berasaskan web. Pengguna boleh ubah widget melalui tetapan sistem Windows sama ada ingin tambah atau matikan widget tertentu. Dengan ciri ini pembangun boleh menyediakan widget menarik seperti berita dari laman web, informasi trafik, notifikasi emel, mungkin integrasi chatbot AI dan banyak lagi.

Start menu Companions dilihat berpotensi menjadi pengganti Live Tiles. Saya secara peribadi amat menggemari ciri seperti ini kerana ia memberi akses pantas mendapatkan informasi terkini tidak kira berita atau notifikasi emel. Buat masa ini, Start menu Companions diuji pada Windows 11 Insider versi 26212. Sama-sama kita nantikan versi stabil tiba.

Komen