Carian
“App Mall” Adalah Gedung Aplikasi Android Dan Web Untuk Chrome OS
May 10, 2024 Fahim Zahar

Chrome OS adalah sistem operasi ringan daripada Google untuk peranti seperti komputer riba atau tablet. Pada awal ia tidak diminati ramai kerana kurang sokongan aplikasi, tetapi selepas Google mengintegrasikan kod Android dan memberi sokongan Play Store penggunaan platform Chrome OS semakin meningkat. Terkini, Google telah hadir dengan gedung aplikasi baharu pula iaitu App Mall.

Jika anda tertanya kenapa Chrome OS perlu ada satu lagi gedung aplikasi? Sebelum ini, pengguna perlu muat turun dari dua gedung iaitu Chrome Web Store dan Play Store. Untuk memudahkan pengguna, Google menggabungkan aplikasi-aplikasi Android dan web yang disokong pada Chrome OS dalam satu gedung ringkas iaitu App Mall.

Chrome OS masih menyokong penggunaan aplikasi Linux, tetapi untuk aplikasi-aplikasi ini ia tidak ditawarkan pada App Mall dan pengguna perlu melakukan proses muat turun dan pemasangan seperti biasa.

Komen