Carian
Google Bertanggungjawab Untuk Aplikasi Twitter Android Versi Pertama
May 10, 2024 Fahim Zahar

Kebanyakan aplikasi media sosial popular sekarang dahulunya hanya mempunyai aplikasi untuk iOS. Selepas penggunaan Android meningkat barulah aplikasi versi Android diperkenalkan, contohnya Facebook dan Instagram adalah aplikasi iOS dahulu. Berbeza dengan Twitter, aplikasi pertama mereka adalah untuk Android. Laporan TechCrunch terbaru menyatakan, Google adalah pembangun yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi Twitter versi pertama untuk Android.

TechCrunch baru-baru ini menemuramah Sara Beykpour iaitu bekas pengarah senior pengurusan produk di Twitter yang kini merupakan pengasas syarikat AI, Particle, Beykpour menjelaskan yang Google ingin menjemput lebih ramai orang menggunakan Android jadi mereka membangunkan aplikasi versi pertama Twitter. Pasukan Twitter kemudiannya meneruskan pembangun aplikasi ini. Malah, Google turut ada menerbit artikel mengenai pembangunan aplikasi ini.

Menurut Beykpour lagi, ketika itu laporan mengenai pelancaran aplikasi Twitter untuk Android tidak ramai memberi kredit kepada Google walaupun Twitter sendiri telah memaklumkannya menyebabkan orang ramai lupa akan jasa Google yang turut menyumbangkan kepada kejayaan Twitter.

Komen