Carian
Moto G Stylus 5G (2024) Dilancarkan Dengan Snapdragon 6 Gen 1
May 10, 2024 Amy Maizuraa

Motorola melancarkan generasi baharu peranti pintarnya daripada siri G Stylus (2024) dengan beberapa perubahan yang kecil. Dalam masa sama mempunyai binaan yang ergonomik untuk keselesaan, beserta sokongan stylus terbina yang membolehkan pelbagai kerja menjadi lebih mudah. Stylus tersebut juga menyokong teknologi Optical Character Recognition (OCR) yang boleh mengenali teks dalam gambar atau dokumen bercetak dan mengubahnya menjadi format yang diperlukan pengguna.

Peranti menggunakan skrin sejenis pOLED FHD+ (2400 X 1080) sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, cip Snapdragon 6 Gen 1 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Diikuti juga dengan ruang kad mikroSD sehingga 2TB dan perisian MyUX berasaskan Android 14 sebagai pelengkap.

Peranti turut dimuatkan dengan dwi-kamera 50MP (utama) + 13MP (ultra-lebar/makro) dan swafoto sebesar 32MP. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas melalui pengecasan berwayar 30W dan nirwayar 15W. Lain-lain spesifikasi termasuk bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari skrin, NFC, bluetooth 5.1 dan eSIM.

Moto G Stylus 5G (2024) boleh didapati dalam pilihan warna Caramel Latte dan Scarlet Waze pada harga $399.99 (~RM1,894) sebuah.

Komen