Beberapa hari lepas, Apple telah melancarkan iPad Pro baharu dengan cip Apple M4 yang berkuasa. Apple turut telah beralih dari skrin miniLED ke Tandem OLED dan turut menawarkan pilihan Nano Texture Display. Walaupun iPad Pro menggunakan panel OLED yang canggih untuk skrin, menyokong kadar segar semula 120Hz True Motion ia tidak menyokong Always-on Display.

Kenapa tiada? Ini kerana skrin OLED yang digunakan pada kedua-dua iPad Pro 11-inci dan 13-inci tidak menyokong kadar segar semula adaptif 1Hz-120Hz, sebaliknya hanya terhad kepada 10Hz-120Hz. Untuk itu, sokongan Always-on Display tidak disertakan bagi penjimatan bateri. Perkara ini walau bagaimanapun mungkin akan berubah kerana terdapat ura-ura Apple ingin menawarkan dermaga dengan speaker untuk iPad agar boleh diubah menjadi skrin pintar di rumah atau pejabat seperti Google Nest Hub Max.

Adakah anda pentingkan ciri Always-on display? Untuk saya, ia penting kerana mudah melihat informasi asas seperti jam, tarikh dan notifkasi penting. Banyak tablet Android dengan skrin OLED ada sahaja yang menyokong Always-on Display dan diharapkan Apple akan mengubah fikiran dalam masa terdekat.