Carian
AEON Bank Akan Dilancarkan Pada 26 Mei – Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
May 10, 2024 Aman

Bank Negara Malaysia sedia mengeluarkan lima lesen untuk bank digital di Malaysia, dan selari dengannya beberapa bank digital telah mula hadir ke pasaran. Terbaru, AEON Bank mengumumkan mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya pada 26 Mei 2024 kelak.

Apa yang menariknya mengenai AEON Bank adalah ia akan menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia. Bank ini akan patuh syariah, selain menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik melaluinya – termasuk membolehkan para pengguna untuk memilih 4 angka terakhir untuk nombor akaun bank mereka.

Melalui aplikasi AEON Bank di Google Play Store dan Apple App Store, ia sedia memaparkan beberapa ciri yang akan ditawarkan, termasuk salah satunya adalah penawaran mata ganjaran untuk setiap transaksi, disamping turut menyertakan ciri asas seperti untuk simpanan, pemindahan, pembayaran, dan sebagainya.

Pengenalan bank digital ini juga dijangka memperlihatkan integrasi lebih meluas bersama ekosistem AEON tidak lama lagi. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi AEON Bank ini di Malaysia tidak lama lagi.

Komen