Carian
OpenAI Dijangka Mengumumkan Pesaing Enjin Carian Google Pada Awal Minggu Hadapan
May 10, 2024 Aman

OpenAI kini dilaporkan bakal mengumumkan sokongan carian web dikuasakan kecerdasan buatan seawal minggu hadapan, sekaligus memposisikan OpenAI dalam saingan bukan sahaja melibatkan Google, tetapi juga Microsoft Bing.

Sekiranya benar, ia mungkin akan sedikit memberikan tekanan kepada pihak Google yang sedia menjadualkan acara Google I/O pada minggu hadapan.

Produk carian OpenAI dijangka dibangunkan di atas ChatGPT, membolehkan ChatGPT melakukan carian informasi di web, dan memaparkannya kepada pengguna. Ini juga mungkin memberikan kelebihan pada penawaran ChatGPT yang sebelum ini sering dikritik kerana memberikan informasi menggunakan data lama.

Dalam arena sama juga, salah satu syarikat yang popular adalah Perplexity, yang menggunakan sokongan carian dikuasakan kecerdasan buatan, dan mempunyai sekitar 10 juta pengguna aktif.

Komen