Carian
Boost Kini Menyertakan Ikon “Bank” Pada Aplikasi Dompet Digital
May 10, 2024 Aman

Boost sedia menerima lesen untuk bank digital, dan telah pun dalam perancangan untuk pelancaran umumnya dalam masa terdekat. Disamping penerbitan aplikasi berasingan untuk Boost Bank, kini nampaknya pihak Boost akan turut menggunakan kaedah promosi rentas perkhidmatan daripada aplikasi dompet digital Boost mereka.

Melalui kemaskini aplikasi Boost terbaru, sebuah ikon Bank telah ditambah. Buat masa ini, apabila dibuka, ia membawa ke sebuah halaman khas yang membolehkan pengguna mendaftar minat untuk mencuba Boost Bank. Dengan angka pengguna Boost yang ramai, promosi terus ini dijangka akan membolehkan Boost Bank menerima angka pengguna tinggi ketika pelancarannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Boost akan menawarkan akses Boost Bank mereka. Dengan beberapa pesaing lain yang telah mulakan operasi, tidak mustahil kita turut melihat pengenalan Boost Bank dalam masa terdekat ini.

Komen