Carian
Google Podcasts Kini Memaklumkan Pengguna Malaysia Berkenaan Penamatan Perkhidmatan
May 10, 2024 Aman

Google sedia menyatakan akan menamatkan aplikasi Google Podcasts tidak lama lagi. Selari dengannya, kini melalui aplikasi Google Podcasts, ia telah mula dimaklumkan untuk pengguna tempatan, berkenaan dengan penamatan aplikasi tersebut.

Melalui notifikasi yang dipaparkan, Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar, berkuat-kuasa 23 Jun 2024. Pengguna boleh memilih untuk mengeksport langganan, dan seterusnya menggunakan aplikasi podsiar lain untuk mengimport dan meneruskan mendengar podsiar.

Bagi anda yang menggunakan Google Podcasts, apakah alternatif yang akan anda gunakan selepas penamatan aplikasi Google Podcasts ini?

Komen