Carian
OpenAI Menjadualkan Acara Khas Pada Awal Minggu Depan – Dikatakan Bukan Enjin Carian Atau GPT-5
May 11, 2024 Aman

OpenAI kini menjadualkan sebuah acara pengumuman khas pada awal minggu hadapan, iaitu pada pukul 1 pagi, hari Selasa 14 Mei 2024. Tiada sebarang maklumat berkaitan apakah bakal diumumkan yang dikongsikan buat masa ini.

Namun, Sam Altman, CEO OpenAi menekankan yang mana ia bukanlah sebuah enjin carian ataupun kemaskini kepada model GPT-5. Ia ditekankan yang mana sebuah penawaran baharu akan diperkenalkan yang mungkin akan diminati ramai.

Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, OpenAI dikatakan sedang membangunkan enjin carian yang akan diintegrasikan pada ChatGPT dalam memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat terkini. Selain itu, mengikut beberapa laporan awal juga, ia dikatakan OpenAI sedang membangunkan sebuah pembantu maya berasaskan suara yang boleh mengenal-pasti objek dan imej – serta berinteraksi dengan lebih baik bersama manusia.

Dengan beberapa hari sahaja lagi, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh OpenAI. Untuk makluman, acara berkenaan dijadualkan sehari awal berbanding acara Google I/O yang turut dijangka memfokuskan kepada kecerdasan buatan.

Komen