Grab kini nampaknya memperluaskan lagi paparan pengiklanan mereka pada aplikasi, dan kini turut memaparkan iklan dalam bentuk memenuhi skrin ketika melakukan tempahan kenderaan.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan paparan iklan pada aplikasi seru-pandu popular berkenaan. Sebelum ini, iklan sekadar dipaparkan pada bahagian selepas sesuatu tempahan disahkan sahaja. Kini, selepas sesuatu tempahan dimulakan, sebuah iklan bersaiz skrin penuh dipaparkan untuk beberapa saat, sebelum ia dibawa ke skrin seterusnya yang memperlihatkan penantian pemandu. Pada skrin tersebut juga sebuah iklan dipaparkan pada bahagian bawah.
Ini mungkin kaedah Grab untuk terus menambah pendapatan mereka melalui paparan pengiklanan. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada paparan seperti ini akan membawa keselesaan kepada majoriti pengguna atau sebaliknya.