Biasanya sebelum membeli sesebuah peranti, pasti anda mengambil kira faktor tahan lasak sebagai salah satu ciri yang mampu mempengaruhi keputusan pembelian bukan? Apatah lagi jika peranti tersebut ingin digunakan dalam jangka masa yang panjang. Namun untuk membeli peranti dengan spesifikasi sebegini pastinya akan memakan kos yang tinggi. Lebih mengecewakan jika harga peranti tersebut tidak setanding dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Oleh itu, OPPO telah melancarkan OPPO A60 dan peranti ini mempunyai rekaan yang cukup kuat dan tahan lasak disamping ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan, iaitu bawah RM800. Jadi jika anda ingin mengetahui apa lagi yang istimewa pada OPPO A60 ini, ayuh baca sehingga ke penghujungnya.

Dilengkapi Dengan Pensijilan US Military-Grade Shock Resistance MIL-SRD 810H
Sekilas pandang, rekaan pada badan OPPO A60 ini memang sungguh cantik dan mempersonakan. Namun, cantik bukan sebarang cantik kerana OPPO A60 ini turut dilengkapi dengan pensijilan US Military-Grade Shock Resistance dimana ia mampu untuk bertahan dalam apa jua cabaran dalam aktiviti harian anda seperti jatuh dari tapak tangan, terkeluar dari poket tanpa sedar dan banyak lagi. Buat pengetahuan anda, OPPO A60 ini merupakan peranti pertama yang mempunyai pensijilan seperti ini.
Menurut OPPO, beberapa ujian telah dijalankan untuk membuktikan ketahanan OPPO A60 ini. Antara ujian yang dijalankan adalah peranti ini boleh bertahan sehingga 5000KM melalui jalan yang beralun dalam kereta tanpa menggunakan apa-apa aksesori. Selain itu, ia juga mampu bertahan sehingga 26 kali dari ketinggian 1.22 meter dalam pelbagai keadaan dan terbukti OPPO A60 masih mampu berfungsi dengan baik.
Untuk membuktikan kekuatannya, kami di Amanz juga tidak melepaskan peluang untuk membuat beberapa ujian untuk menguji ketahanan skrin yang ada pada OPPO A60 ini. Antara ujian yang dijalankan adalah kami cuba untuk memecahkan kacang badam dan kacang walnut panggang bersama ais batu menggunakan skrin peranti dan terbukti tiada kesan calar dan kerosakan yang berlaku pada skrin peranti. Ini membuktikan bahawa OPPO A60 ini ternyata peranti yang tahan lasak dan sesuai untuk digunakan dalam apa keadaan sekalipun sepanjang hari.


Skrin Tiada Masalah Lagi Dengan Splash Touch
Tambahan lagi, bayangkan anda dalam keadaan dimana anda perlu mengharungi hujan untuk balik rumah ataupun skrin anda terkena percikan air dari air minuman yang pastinya kadang-kala akan membuatkan anda sukar untuk menatal atau menaip pada skrin. Tapi, ianya tidak lagi dengan OPPO A60 kerana ia dihadirkan dengan Splash Touch.
Terima kasih kepada fungsi Splash Touch ini kerana ia membolehkan anda untuk menggunakan peranti seperti biasa walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Ia sekaligus menawarkan kepada anda satu lagi kemudahan tambahan dalam kehidupan seharian. Kini, dengan OPPO A60 anda tidak perlu risau lagi mengenai ketahanan peranti anda.

Bateri Yang Tahan Lama Menjamin Kegunaan Seharian
Untuk bateri pula, OPPO A60 ini dilengkapi dengan kapasiti bateri sehingga 5000mAh dan juga menyokong pengecasan sehingga 45W SUPERVOOC Flash Charge dimana ia mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. Dengan pengecasan penuh, peranti ini mampu memberikan anda pengalaman menonton video sehingga 14 jam lamanya ataupun mendengar audio seharian. Tambahan lagi, OPPO A60 ini sememangnya sesuai untuk digunakan dalam tempoh masa yang panjang kerana menurut OPPO, jangka hayat bateri masih dapat dikekalkan pada paras optimum sehingga empat tahun lamanya.

Dihadirkan Bersama Dua Variasi Warna Yang Mempersonakan
OPPO A60 ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Ripple Blue dan Midnight Purple. Menurut OPPO, warna Ripple Blue ini menyerupai warna laut yang semestinya memberikan ketenangan pada setiap mata memandang. Manakala, warna Midnight Purple pula tampak eksklusif dan mampu kelihatan seperti warna hitam jika dilihat dari hadapan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, OPPO A60 ini sememangnya peranti yang tahan lasak dan berbaloi untuk anda dapatkan tanpa merabakkan poket. Ditambah pula dengan pensijilan US Military-Grade Shock Resistance pastinya mampu menjamin jangka hayat peranti yang lebih panjang. Selain itu, dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan lama, semestinya menambah lagi keistimewaan yang sedia ada pada OPPO A60 ini.
Jadi, jika anda yang berminat untuk mendapatkan OPPO A60, anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 untuk variasi 128GB+8GB dan juga RM799 untuk variasi 256GB+8GB di laman web OPPO Malaysia ataupun pengedar sah di laman e-dagang.
Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia.