Carian
Vietnam Haramkan Steam Bagi Menjaga Industri Tempatan
May 13, 2024 Effi Saharudin

Steam telah diharamkan di Vietnam hujung minggu lalu sebagai langkah menjaga industri permainan video tempatan. Di Vietnam setiap permainan video pembangun tempatan perlu menjalani proses semakan terlebih dahulu sebelum boleh diterbitkan.

Steam memintas proses ini dan pembangun tempatan berkata ini akan mendatangkan kesan kepada industri kerana sebarang permainan boleh dilancarkan tanpa kebenaran sekaligus dilihat sebagai sebuah diskriminasi.

Ketika artikel ditulis beberapa ISP telah menghalang Steam daripada diakses menerusi aplikasi dan juga laman web. Pengguna di Vietnam merungut tetapi tidak mempunyai cara untuk menyelesaikannya memandangkan ianya adalah arahan daripada kerajaan.

Vietnam menjadi negara kedua di rantau Asia Tenggara yang mengharamkan Steam. Beberapa tahun lalu Kementerian Informasi Indonesia (Kominfo) menghalang Steam untuk seketika kerana platform tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. Yang menjadikan insiden in menarik ialah menteri Kominfo Indonesia secara peribadi memohon maaf kepada golongan gamer kerana Steam perlu dihalang mengikut undan-undang. negara.

Komen