Carian
Corsair MP700 Pro SE Diperkenalkan Dengan Kelajuan Penulisan Data 14GB/s
May 13, 2024 Nazrin

Teknologi storan dan penghantaran data kini semakin maju dengan teknologi PCIe Gen 5 semakin meluas digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan seperti storan dan juga kad grafik berkuasa tinggi.

Terkini, Corsair telah mengemaskini penawaran SSD PCIe Gen 5 mereka dengan Corsair MP700 Pro SE yang memperlihatkan kadar penulisan data sepantas 14GB/s dan pembacaan data 12GB/s yang sedikit lebih pantas berbanding dengan Corsair MP700 Pro yang dilancarkan pada tahun lepas.

Corsair MP700 Pro SE tampil dengan satu pilihan storan, iaitu 4TB dan dengan tiga konfigurasi berbeza, termasuklah penggunaan penyejuk pasif, penyejuk kipas dan juga penyejuk cecair. Buat masa ini, model penyejuk pasif dan cecair akan dijual terlebih dahulu, dan model dengan penyejuk udara akan dijual kemudian pada bulan Jun kelak.

Buat masa ini, model MP700 Pro SE dengan penyejuk pasif dan penyejuk cecair dijual pada harga $629 dan $639 di pasaran-pasaran terpilih.

Komen