Pengenalan Huawei Watch GT 4 di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam warna Green, Grey, Brown, Black dan Light Gold. Kini Huawei Watch GT Vert Green (41mm) pula diperkenalkan pada hari ini sekaligus menyertai variasi sedia ada. Berbeza dengan versi terdahulu, pilihan warna hijau baharu ini menggunakan tali sejenis getah yang bertekstur kasar bersama cangkuk standard. Bagi yang berminat peranti sudah boleh dibeli sekarang dengan harga jualan RM1,099 seutas.



Tiada perubahan spesifikasi dibuat yang bermakna skrin sesentuh AMOLED 1.32″ digunakan bersama ciri Always-On-Display terbina. Kawalan sesentuh disokong sepenuhnya bersama pilihan muka jam yang boleh dikostumasi. Turut disertakan ialah ciri kesihatan dan kecergasan standard termasuk pemantauan kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, pola waktu tidur dan tahap kesuburan wanita. Diikuti juga pelbagai aktiviti sukan yang boleh dilakukan melalui mod sukan disediakan. Bateri pula boleh bertahan mencapai seminggu dan juga kalis air IP68.
