Carian
Huawei FreeClip Diberi Pilihan Warna Kuning Air Dan Berharga RM899
May 13, 2024 Amy Maizuraa

Pelancaran hari ini turut memperlihatkan Huawei FreeClip kini ditawarkan dalam pilihan warna kuning air atau Beige. Sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai tiga pilihan warna termasuk Black dan Purple yang boleh dibeli oleh pengguna. Pilihan baharu ini mencuri perhatian dengan rekaan sederhana tetapi masih mampu memberi kesan elegan pada si pemakai. Gabungan binaannya pula terdiri dengan kemasan matte pada pod pengecas bersama fon telinga yang berkilat melengkapi.

Tiada perubahan untuk spesifikasi yang bermakna aksesori ini masih terdiri dengan dua bahagian yang meliputi Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum pula dengan C-bridge Design. Kawalan sepenuhnya melalui sentuhan pada permukaan fon telinga yang boleh digunakan dengan selesa. Bateri diberikan boleh berfungsi sehiangga 36 jam di samping kalis air IP54 yang sesuai dibawa bersenam. Bagi yang berminat sesi pratempah dibuka sekarang dengan harga RM899 seunit.

Komen