Carian
Pengenalan Siri Poco F6 Mula Diacah Secara Rasmi
May 13, 2024 Amy Maizuraa

Poco akan melancarkan peranti baharu di bawah siri F6 secara global pada 23 Mei 2024. Ia menjadi kesinambungan untuk siri Poco F5 yang diumumkan tahun lalu. Selain turut memberi fokus terhadap prestasi dengan julat harga mampu milik.

Laman pengiklanan rasmi untuknya telah mula diterbitkan bermula di India. Dari segi rekaan peranti dilihat menawarkan elemen yang serupa dengan sebuah Redmi Note 13 Pro+ 5G sebelum ini. Cuma tubuhnya berkotak dengan sisi yang melengkung. Butiran lanjut seperti bilangan variasi dan perkakasan dalaman masih belum diperincikan dengan jelas setakat ini. Namun ada kebarangkaian cip Snapdragon 8s Gen 3 dan kamera utama 50MP Sony IMX 882 akan digunakan pada peranti.

Komen