Carian
Kemas Kini Peranti Anda Ke OneUI 6.1 Sekarang Untuk Ia Lebih Tahan Lama
May 17, 2024 Fahim Zahar

Memiliki peranti Samsung pada tahun 2024 adalah sangat bertuah. Lagi-lagi mereka yang memiliki Samsung Galaxy S24, S24+ atau S24 Ultra kerana ada ciri kecerdasan buatan Galaxy AI dan menerima kemas kini sehingga 7 tahun. Pengguna siri Galaxy S23 jangan cemburu kerana tahun ini dengan kemas kini OneUI 6.1, anda juga layak mencuba pelbagai ciri Galaxy AI  yang menarik.

Ya, peranti generasi lepas Samsung Galaxy yang dijanjikan untuk menerima 4 generasi kemas kini OneUI dan lima tahun tampalan sekuriti turut layak. Dan bukan telefon sahaja yang menerima kemas kini OneUI 6.1 ini, pengguna telefon lipat seperti Samsung Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, Galaxy S23 FE dan  siri Galaxy Tab S9 juga layak. Untuk mengemaskini anda hanya pergi ke tetapan sistem peranti, semak kemas kini OTA, muat turun dan lakukan pemasangan.

Mengemaskini peranti-peranti Samsung anda ke OneUI 6.1 menambah nilai baik dan menjadikan peranti lebih tahan lama. Kemas kini ini bukan sekadar menambah fungsi AI pada peranti tetapi turut memberi sekuriti yang lebih ketat, prestasi lebih lancar dan penggunaan kuasa yang lebih efisien. Jadi, anda tidak perlu jual peranti kerana kemas kini ini akan menjadikan peranti anda seakan baru. Malah Siri Samsung Galaxy S23[k1] , Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5 dan siri Galaxy Tab S9 layak menerima semua ciri Galaxy AI yang ada pada siri Samsung Galaxy S24.

Circle to Search with Google, Call Assist, Note Assist, Generative Edit dan banyak lagi yang boleh digunakan. Samsung masih mengekalkan kebolehan kustomasi untuk memperibadikan peranti masing-masing. Pengguna di Malaysia turut sudah boleh menggunakan aplikasi Good Lock dan boleh menikmati pelbagai pemalam yang menjadikan peranti Samsung lebih hebat berbanding biasa.

Kalau anda tidak mahu ketinggalan dan tidak ingin FOMO cuma dalam konteks Samsung ini adalah Ketakutan Terlepas Peluang, Samsung Malaysia masih menawarkan pelbagai diskaun dan rebat untuk mendapatkan peranti-peranti dengan kemas kini OneUI 6.1.

Promosi Eksklusif untuk Peranti Galaxy AI

Siri Samsung Galaxy S24, Harga bermula dari RM4,099;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM2,187
    • Kerangka pelindung Keith Haring / Smile bernilai RM179
    • Pek bateri 10,000mAh bernilai RM159
    • Percuma Galaxy Watch6 (44mm) bernilai RM1,199
    • Rebat serta-merta dengan tukar-beli sehingga RM650
    • Potongan Belian-dengan-belian sehingga 45%.

Siri Samsung Galaxy S23, Harga bermula dari RM3,799;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM1,078
    • Galaxy SmartTag2, bernilai RM149
    • Pengecas 25W, bernilai RM129
    • Naik taraf storan ke 2x bernilai mencapai RM500
    • Rebat serta-merta dengan tukar beli mencapai RM300

Siri Samsung Galaxy S23 FE, Harga bermula dari RM2,999;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM788
    • Kerangka silikon Galaxy S23 FE, bernilai RM119
    • Pelindung skrin Galaxy S23 FE, bernilai RM69
    • Naik taraf storan 2x bernilai mencapai RM300
    • Rebat serta-merta dengan tukar beli mencapai RM300

Siri Samsung Galaxy Z Fold5, Harga bermula dari RM6,299;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM2,016
    • Pelindung skrin, bernilai RM69
    • Clear Gadget Case, bernilai RM199
    • Kerangka Adidas atau Moulded, bernilai RM249
    • Naik taraf storan 2x bernilai mencapai RM500
    • Percuma jaminan tambahan 1 tahun bernilai RM599
    • Rebat serta merta dengan tukar beli mencapai RM400

Siri Samsung Galaxy Z Flip5, Harga bermula dari RM4,499;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM1,716
    • Pelindung skrin, bernilai RM69
    • Kerangka Adidas atau Moulded, bernilai RM199
    • Flipsput untuk Galaxy Z Flip5 bernilai, RM49
    • Naik taraf storan 2x mencapai RM500
    • Percuma jaminan tambahan 1 tahun bernilai RM499

Rebat serta merta dengan tukar beli mencapai RM400

Siri Samsung Galaxy Tab S9, Harga bermula dari RM3,899;

  • Dapat Tawaran eksklusif bernilai RM948
    • Kerangka sampul Keith Haring bernilai RM499
    • Kantung berdiri Joguman Sky/Apple bernilai RM349
    • Rebat serta-merta dengan tukar beli mencapai RM100

Anda perlu cepat kerana tawaran ini akan tamat pada 31 Mei 2024. Jika anda berminat, tekan pautan di bawah untuk membeli peranti-peranti OneUI 6.1 sekarang!

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Komen