Carian
Siri Televisyen Pintar Samsung Neo QLED 2024 Kini Mula Ditawarkan Di Pasaran Tempatan
May 14, 2024 Nazrin

Di acara Samsung Unbox & Discover 2024 yang berlangsung pada penghujung bulan Mac 2024, Samsung telah memperlihatkan barisan televisyen pintar terbaru mereka, iaitu siri Samsung Neo QLED yang terdiri daripada model-model Samsung Neo QLED 8K yang menggunakan cip pemproses AI NQ8 AI Gen3.

Cip ini mempunyai NPU dua kali ganda lebih pantas dengan peningkatan rangkaian neural sebanyak lapan kali ganda kepada 512 daripada 64 untuk pengalaman tontonan lebih menyeronokkan.

Antara ciri AI baharu yang menjadi tumpuan ialah 8K AI Upscalling Pro yang mampu meningkatkan kualiti kandungan biasa dipaparkan dalam resolusi lebih tinggi mencapai 8K untuk pengalaman visual lebih baik. Ia dibantu juga dengan AI Motion Enchancer Pro untuk kualiti 8K lebih lancar khususnya untuk konten yang melibatkan pergerakan pantas. Ambil contoh siran sukan melalui melalui perkhidmatan penstriman dalam talian.

Samsung Neo QLED 8K QN900D tampil dengan saiz 85 inci dan mempunyai kadar segar semula sepantas 240Hz dan tampil dengan ciri-ciri terbina seperti HDR dan juga sokongan untuk teknologi audio Dolby Atmos.

Sementara itu, Real Depth Enhancer Pro pula boleh meningkatkan butiran pada adegan pergerakan pantas menggunakan AI untuk menjadikannya kelihatan jelas.

Active Amplifier Pro pula membolehkan bunyi tertentu dipertingkatkan untuk pengalaman audio yang lebih jelas dan mendalam. Diikuti dengan ciri Object Tracking Sound Pro dan Adaptive Sound Pro yang boleh mencipta audio yang berbunyi lebih semula jadi sesuai dengan kandungan semasa.

Hari ini, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa televisyen pintar Samsung Neo QLED 8K QN900D dengan pemproses NQ8 AI Gen3 sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM46,999 dan dengan promosi jualan baru yang memberi pelanggan televisyen ini kredit Touch’n’Go eWallet bernilai RM2500.

Komen