Carian
Meta Quest Kini Mempunyai Travel Mode Untuk Digunakan Di Luar Rumah
May 14, 2024 Effi Saharudin

Semasa Apple Vision Pro diperlihatkan, antara fungsi yang diiklankan ialah ia digunakan dalam pesawat. Setiap pembeli boleh mempunyai skrin gergasi maya walaupun di dalam ruang sempat kapal terbang. Hari ini Meta mengumumkan Travel Mode pada Quest 3 dan Quest 2 yang membawakan ciri yang sama.

Travel Mode pada Quest 3 dan Quest 2 membolehkan sehingga tiga skrin terapung di ruang maya pemakai set kepala AR ini. Pemilik boleh melakukan kerja, menonton video dan juga permua AR yang disokong oleh peranti. Pada ketika ini Travel Mode telah direka untuk digunakan dalam kapal terbang dengan Meta akan menyokong mod pengangkutan lain seperti kereta api di masa depan.

Sempena pelancaran Travel Mode, Meta mengumumkan kerjasama dengan Lufthansa untuk menawarkan Quest 3 kepada penumpang kelas perniagaan. Antara kandungan yang boleh diakses ialah menonton filem serta siri TV secara lebih imersif, kandungan 360 darjah, pemandangan destinasi dari udara dan permua dalam mod AR.

Untuk mencuba Travel Mode pemilik hanya perlu mengaktifkannya dalam tetapan Experimental di dalam peranti hari ini.

Komen