Carian
Vivo X100 Ultra Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dan Kamera 200MP
May 14, 2024 Amy Maizuraa

Seakan menjadi trend apabila ada segelintir pengerlua yang menggunakan nama Ultra dalam memasarkan peranti paling berkuasa. Paling terkini Vivo X100 Ultra telah diumumkan di China bersama spesifikasi serba baharu termasuk sistem kamera yang canggih.

Menerusi model Ultra, kamera utama 1″ 50MP Sony LYT-900 digunakan dengan padanan sensor 1/1.4″ 200MP ISOCELL HP9 (telefoto) dan 50MP Sony LYT-600 (ultra-lebar). Vivo membangunkan sensor telefoto 200MP tersebut dengan kerjasama Samsung. Ia juga dilengkapi Salutan ZEISS T* yang dikatakan mampu mengurangkan pantulan cahaya untuk imej malam lebih terang. Diikuti dengan cip pengimejan Vivo V3+ untuk rakaman video potret 4K dan algoritma BlueImage untuk tangkapan malap lebih baik.

Beralih ke spesikasi lain, skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci bersama kadar segar semula 120Hz digunakan. Skrin juga menawarkan Dolby Vision bersama kecerahan puncak 3000 nits. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang sesuai untuk peranti kelas mercu berserta pilihan memori menjangkau 16RAM dan storan dalaman 1TB.

Peranti turut menjalankan sistem operasi terkini OriginOS 4.0 berasaskan Android 14. Bateri 5,500mAh disertakan pula menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan nirwayar 30W. Ia juga menyokong sambungan satelit 5.5G dan dua hala di China, berserta pilihan sambungan standard seperti 4G, 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan kalis air IP69 & IP68. Harga jualan bermula RMB6,499 (~RM4,243) mencapai RMB7999 (~RM5,223) yang juga diberikan pilihan dalam Titanium.

Komen