Cari @ Amanz

Lockheed Martin Berkongsi Rekaan Pesawat Tangki Minyak Sukar Dikesan Radar

Link Copied!

Pesawat sukar dikesan radar atau stealth mula dikenali ramai apabila di gunakan ketika Perang Teluk 1991. Lockheed F-117 Nighthawk dengan tubuh berseginya direka untuk tidak memantul isyarat radar menyebabkan ia sukar dikesan. Hasilnya sistem perhubungan, dan stesen janakuasa di Iraq telah dibom sebelum serangan tentera konvensional dilakukan.

Selepas lebih 33 tahun, F-117 sudah dianggap kuno dengan ia digantikan dengan pesawat sukar dikesan radar baharu seperti F-22 Raptor. Selama ini teknologi sukar dikesan radar hanya digunakan pada pesawat tempur. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) kini memerlukan pesawat tangki mengisi minyak dengan kemampuan yang sama untuk medan tempur masa depan.

Lockheed-Martin semalam berkongsi rekaan konsep untuk pesawat tangki sukar dikesan radar mereka. Sekali pandang ia mempunyai rekaan seakan Northrop YF-23 tetapi pada skala lebih besar. Tidak seperti pesawat tangki lain, pesawat di bawah program Next-Generation Air Refueling System (NGAS) adalah lebih kecil dengan tubuh lebih pipih.

NGAS akan beroperasi di perbatasan dan boleh memasuki ruang udara musuh bagi membekalkan bahan api kepada pesawat tempur apabila diperlukan. Pesawat tangki mengisi minyak semasa harus beroperasi lebih jauh membuatkan pesawat tempur keluar daripada zon konflik.

Amerika Syarikat juga ingin mempunyai kapal kargo sukar dikesan radar dan konsep rekaan telah dikongsi oleh Boeing. Konsep pesawat kargo ini lebih aneh kerana menggunakan rekaan sayap bergabung dengan tubuh.


Komen ()