Carian
Malaysia Menduduki Tangga Kedua Dari Segi Indeks Ketersediaan Kecerdasan Buatan Di Asia Tenggara
May 14, 2024 Aman

Melalui data terbaru yang dikongsikan, Malaysia dilihat menduduki tangga ke-2 dirantau Asia Tenggara dari segi indeks ketersediaan kecerdasan buatan. Malaysia dilihat mencatatkan skor sebanyak 68.71 pada indeks berkenaan.

Menduduki tangga pertama adalah Amerika Syarikat dengan skor sebanyak 84.80. Singapura pula menduduki tangga kedua dengan indeks 81.97.

Secara keseluruhan, Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam indeks ketersediaan kecerdasan buatan ini. Berbeza dengan negara-negara yang menggunakan bahasa komunikasi berbahasa Inggeris, Malaysia mempunyai cabaran tersendiri dalam keperluan pembangunan model bahasa raya yang menyokong dialek dan komunikasi di Malaysia.

Untuk makluman, salah satu model bahasa raya tempatan yang dibangunkan dengan aktif adalah MaLLaM yang menyokong bahasa Malaysia, termasuk juga penggunaan bahasa rojak seperti mana rakyat Malaysia berkomunikasi.

Selain cabaran bahasa, satu lagi cabaran yang dihadapi kebanyakkan negara adalah integrasi budaya dan sebagainya pada model bahasa raya masing-masing. Dengan perkembangan sihat seperti penubuhan fakulti khas, dan pelaburan berpanjangan dalam arena kecerdasan buatan, sama-sama kita nantikan Malaysia turut mengungguli arena kecerdasan buatan ini.

Komen