Touch n Go eWallet hari ini mengumumkan integrasi yang lebih menyeluruh bersama ciri Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dimana kini pengguna boleh terus mendaftar dan membuka akaun ASNB melalui dompet digital Touch n Go eWallet.

Sebelum ini, pengguna boleh sekadar pautkan akaun ASNB, dan melihat ringkasan akaun, serta menambah pelaburan. Dengan langkah baharu ini, pengguna yang tidak mempunyai akaun ASNB boleh terus mendaftar menggunakan aplikasi dompet digital berkenaan, dan seterusnya menguruskan pelaburan mereka.

Bagi pengguna yang sedia mempunyai akaun pula, TNG eWallet akan memaparkan halaman untuk pautkan akaun – bagi mengelak membuka akaun tambahan.
Untuk anda yang berminat, boleh mengakses ciri ini pada aplikasi TNG eWallet melalui menu GoInvest hari ini.