Google Memperlihatkan Penjana Video Berasaskan AI, Dinamakan Veo – Akan Diintegrasikan Pada YouTube Shorts
Aman
Google hari ini pada acara Google I/O telah mengumumkan sejumlah perkara melibatkan arena kecerdasan buatan. Salah satu perkara yang turut dikongsikan adalah melibatkan model kecerdasan buatan memfokuskan penjanaan video, dinamakan Veo.
Seperti ramai sedia maklum, OpenAI sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran Sora – membolehkan pengguna menghasilkan video berkualiti tinggi. Google turut menawarkan perkara lebih kurang sama melalui Veo.
Veo berupaya menjana video berkualiti 1080p melaluinya, dengan penawaran melangkaui lebih seminit.
Google menyatakan Veo akan ditawarkan secara terhad kepada beberapa pencipta terlebih dahulu. Google turut menyasarkan untuk mengintegrasikan sokongan Veo ini pada YouTube Shorts pada masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.