Carian
Google Gemini Akan Memudahkan Anda Menghasilkan Pembantu Khusus, Dinamakan Gems
May 15, 2024 Aman

Google melalui Gemini sedia menawarkan sebuah sokongan pembantu maya yang boleh menjawab pelbagai persoalan. Namun, sekiranya pengguna ingin lebih mengoptimasikan, memperibadikan dan menghasilkan pembantu khusus, Google kelak akan membolehkannya melalui ciri dinamakan Gems.

Melalui Gems, anda boleh memberikan sebuah arahan dan tetapan khusus – dan ia seterusnya akan mengikut arahan berkenaan, dan berinteraksi dalam kaedah yang ditetapkan. Sebagai contoh, anda boleh menjana Gems dengan menetapkan arahan sebagai “rakan bersukan yang merancang aktiviti harian dengan nada yang memberikan motivasi”. Gems berkenaan akan dihasilkan menggunakan sokongan kecerdasan buatan, dan tetapan berkenaan akan diingati melalui Gems khusus berkenaan.

Ciri Gems ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Gemini Advanced tidak lama lagi.

Komen