Ketika acara pengenalan telefon pintar Samsung Galaxy S24 pada awal 2024 lepas, Google telah membuat kejutan dengan pengenalan ciri “Circle To Search”. Menggunakannya, pengguna boleh melakukan carian pada sebarang bahagian telefon pintar, atau ketika melakukan sebarang perkara, dengan hanya melakarkan bulatan pada skrin di bahagian inginkan informasi tambahan.
Ini sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan informasi pada bahagian mana-mana skrin telefon, tanpa perlu meninggalkannya.


Ketika acara Google I/O, Google mengumumkan yang ciri berkenaan akan diperluaskan kepada lebih 200 juta peranti pada tahun 2024 ini. Dengan langkah ini, lebih ramai akan menggunakannya, dan bukan terhad kepada peranti Samsung sahaja.
Selari pengumuman ini, Google turut menyatakan Circle To Search kini boleh turut menjawab permasalahan matematik dan beberapa perkara lain dengan mudah melaluinya.