HMD baru-baru ini telah memberikan nafas baharu pada salah satu telefon yang menjadi ikonik suatu ketika dahulu, iaitu Nokia 3210. Ia membawakan beberapa elemen rekaan seperti model asal, tetapi dengan penambahan ciri terkini seperti sokongan rangkaian 4G.

Nokia 3210 hadir dengan skrin 2.4-inci, dilengkapi kamera 2-megapixel dibelakang, serta bateri 1450mAh. Ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C, selain sokongan Bluetooth 5.0. Telefon ini turut menyertakan permainan popular “Snake” bersama dengannya.
Bagi anda yang meminati rekaan retro, dan inginkan telefon kedua dengan bateri bertahan lama, boleh mendapatkan Nokia 3210 4G ini hari ini pada harga RM339 di Malaysia.