Carian
Imagen-3 Ialah AI Generatif Menjana Imej Terkini Google Yang Lebih Realistik
May 15, 2024 Amy Maizuraa

Google turut mengumumkan Imagen-3 yang merupakan versi terkini model penjanaan imejnya di acara pembangunan I/O pada selasa. Ia dipertingkatkan dengan kemampuan menjana imej dengan visual yang lebih realistik dan tepat. Butiran dihasilkan juga lebih terperinci dengan pencahayaan serta komposisi lebih baik. Ini termasuklah butiran kecil seperti kedutan halus di tangan manusia, dan tekstur kompleks seperti jambangan bunga besar yang bewarna-warni dalam sebuah pasu.

Menurut Google, Imagen-3 juga boleh mengendali teks lebih baik berbanding pada model sebelum ini. Sekiranya prom meminta sesuatu teks dimasukkan ke dalam imej yang ingin dijana, ia boleh dilakukan dengan tepat berbanding model sebelum ini. Lebih menarik ialah Imagen-3 lebih bijak untuk memahami butiran daripada prom yang panjang. Kemudian setiap imej yang dijana juga mempunyai tera-air SynthID yang memudahkan asal usulnya dikesan.

Turut dimaklumkan bahawa ciri suntingan seperti inspainting dan outpanding juga akan tersedia dalam Imagen-3 beberapa bulan akan datang. Bermula hari ini, Imagen 3 tersedia untuk pencipta terpilih dalam pratonton peribadi melalui ImageFX. Imagen 3 juga dikatakan akan datang tidak lama lagi ke Vertex AI.

Komen