Carian
Meta Akan Menamatkan Workplace Pada 2026
May 15, 2024 Aman

Meta kini mengumumkan mereka akan menamatkan dan menutup perkhidmatan yang ditujukan kepada perusahaan, iaitu Workplace. Perkhidmatan Workplace ini akan ditamatkan sepenuhnya pada 2026 kelak.

Facebook Workplace

Workplace sebelum ini telah ditawarkan untuk perusahaan, dalam memudahkan komunikasi antara pasukan, kolaborasi, dan sebagainya. Ia ditawarkan sebagai alternatif Slack. Agak mengejutkan Meta menamatkan perkhidmatan ini, memandangkan sejumlah pengguna yang menggunakan Workplace amat menyukainya. 

Meta mengatakan penamatan ini adalah sebagai usaha dalam menguruskan pelaburan lebih efisien, ke arah pembangunan kecerdasan buatan dan metamesta. Sebelum ini, Workplace telah diperkenalkan pada tahun 2026 lepas, dan antara pengguna besar adalah kerajaan Singapura.

Workplace boleh terus digunakan sehingga 31 Ogos 2025 kelak. Selepas tempoh tersebut sehingga 31 Mei 2026, ia akan hanya menawarkan kemudahan untuk mengakses dan memuat-turun data sedia ada sahaja. Pada 1 Jun 2026, Workplace akan ditamatkan sepenuhnya.

Bagi anda yang menggunakan Workplace, boleh melihat kepada beberapa alternatif dalam terus menguruskan komunikasi dan kolaborasi dalam syarikat dan organisasi.

Komen