Google telah memperkenalkan Music AI Sandbox sebagai sebahagian kemaskini baharunya di acara pembangunan I/O 2024. Ia merupakan perkhidmatan menjana muzik berasaskan AI baharu yang boleh mencipta klip audio pendek berdasarkan prom yang dimasukkan oleh pengguna. Klip audio yang dijana juga kemudiannya didatangkan lengkap dengan efek gelombang yang dicipta.

Penambahan baharu turut dilakukan yang termasuk lebih banyak instrumen disokong bersama cara untuk mengolah audio dengan cara baharu dan banyak lagi. Bagi menawarkan ciri ini, Google bekerjasama dengan YouTube serta pemuzik, penulis lagu dan penerbit bertujuan menjadikannya lebih baik. Selain turut mengembangkan keupayaan Gemini AI untuk mencipta muzik. Untuk rekod, OnePlus AI Music Studio, YouTube, Microsoft dan Meta juga pernah melancarkan perkhidmatan yang sama sebelum ini.