Carian
SteelSeries Arctis Nova 5 Dengan Spatial Surround Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM699
May 15, 2024 Fahim Zahar

SteelSeries Malaysia hari ini telah melancarkan set fon kepala baharu iaitu Arctis Nova 5. Fon kepala baharu ini direka untuk pengguna aktif bermain permainan pada konsol, inginkan sambungan nirwayar serta memfokuskan kepada ketahanan bateri. Khusus untuk Arctis Nova 5 ini, aplikasi khas turut disediakan dan ciri Quick Switch Wireless turut disertakan untuk mudah bertukar peranti.

Menurut SteelSeries, fon kepala baharu ini turut menyokong lebih 100 preset audio berbeza khusus untuk permainan video agar pengguna boleh menala profil bunyi kepada yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Ia menggunakan sambungan Bluetooth 5.3 dan turut mempunyai sambungan dengan dongel 2.4GHz. SteelSeries menjamin ketahanan bateri mencapai lebih 60 jam dengan satu pengecasan. Fon kepala ini turut menyokong sistem audio spatial dengan Spatial Surround.

Pemandu audio yang digunakan adalah magnet neodymium untuk mendapatkan vokal yang lebih jelas, memberi bass yang lebih dalam dan menjamin audio terbaik tidak kira bermain permainan apa. Sistem mikrofon yang digunakan adalah ClearCast 2.X Mic dengan ciri pembatalan hingar Sonar. Sonar adalah perisian khas untuk laptop Windows yang memberikan pengguna kawalan profesional untuk Arctis Nova 5. Di Malaysia SteelSeries Arctis Nova 5 dijual pada harga RM699 dan boleh dibeli di Lazada dan Shopee rasmi SteelSeries.

Komen