Carian
Smart #3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Autoshow 2024 Minggu Hadapan
May 15, 2024 Ikhwan Nazri

Selepas beberapa bulan pelancaran rasmi Smart #1 di Malaysia pada November 2023 yang lalu, PRO-NET iaitu anak syarikat Proton bakal menampilkan model seterusnya iaitu Smart #3 di acara Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung minggu hadapan. 

Smart #3 mungkin tampak hampir sama dengan Smart #1, namun Smart #3 jelas dibezakan dari segi rekaan ‘coupe’ dan mempunyai saiz yang sedikit lebih besar berbanding Smart #1. Dari segi dimensi ia juga lebih panjang dan dan lebar walaupun berkongsi platform rekabentuk Geely SEA yang turut digunakan pada Smart #1

Selain dari rekabentuk ‘coupe’ pada Smart #, terdapat penambahbaikan dari segi tahap pembrekan janaan semula yang kini mempunyai 3 tahap, dan juga kuasa pecutan lebih pantas serta kapasiti bateri yang ditambah, memberikan jarak perjalanan yang lebih panjang. Kami telah mencubanya di Litar Ujian Proton Shah Alam dan hanya dapat berkongsi mengenai pendapat sepanjang ujian kami.

Smart #3 akan diumumkan minggu hadapan, pada 21 Mei di acara Malaysia Autoshow 2024 dan maklumat lebih lanjut berkenaan model dan spesifikasi serta kelengkapan dalaman akan dikongsikan pada hari tersebut. Sama-sama kita nantikan pengumumannya minggu hadapan. 

Komen