Carian
Sony Mengekalkan Skrin 21:9 Pada Xperia 10 VI, Dwi-Kamera Belakang
May 15, 2024 Aman

Selain pengenalan telefon mercu Xperia 1 VI, pihak Sony turut memperkenalkan variasi telefon dengan spesifikasi pertengahan mereka, iaitu Xperia 10 VI. Menariknya pada telefon pintar ini, Sony mengekalkan skrin nisbah 21:9 pada telefon pintar ini.

Xperia 10 VI ini hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.1-inci dengan paparan resolusi FHD+, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut menggunakan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 30W.

Melengkapkan ia adalah kamera utama 48-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga sensor ultra-lebar 8-megapixel. Sony hanya menyertakan dwi-kamera belakang pada telefon pintar ini.

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih tidak diketahui. Ia dijangka memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Ogos 2024 kelak.

Komen