Carian
Oppo Akan Melancarkan Siri Reno12 Pada 23 Mei 2024
May 16, 2024 Amy Maizuraa

Oppo bersedia untuk melancarkan generasi baharu di bawah siri Reno 12 secara rasminya pada bulan ini. Ia boleh didapati dalam dua variasi yang termasuk Reno12 dan Reno12 Pro. Dalam pada itu pengeluar berkenaan turut berkongsi imej rasmi yang mendedahkan reka bentuk dan pilihan warna yang akan datang.

Gabungan konsep moden dan minimalis digunakan pada kemasan kedua-dua peranti baharu Oppo ini. Ia tidak sarat bagi mewujudkan elemen yang sedap mata memandang. Di bahagian belakang juga terdapat bonggol kamera berbentuk segi empat pada sudut kiri bagi melengkapkan gaya minimalis tadi. Dalam pada itu, Oppo turut memuatkan sistem tri-kamera yang disusun secara menegak bersama sebuah LED Flash didalamnya. Butang kuasa dan laras audio juga boleh dilihat pada bahagian sisi kanan seperti generasi sebelum ini.

Oppo Reno12 Pro

Oppo Reno12 akan mempunyai pilihan bewarna perak sementara itu versi pro pula boleh disediakan dalam warna ungu terang. Butiran lebih lanjut mengenai peranti masih menjadi misteri namun apa yang pasti salah satu daripadanya telah ditemui tersenarai di laman SIRIM Malaysia sejak 9 Mei yang lalu. Sebagai tambahan, Oppo turut akan mengumumkan set fon telinga nirwayar Enco R2 dan tablet Pad Air2 baharu menerusi acara yang sama kelak.

Komen