Carian
Android 15 Membawa Ciri “Private Space” – Menyembunyikan Beberapa Aplikasi Daripada Yang Lain
May 16, 2024 Aman

Google hari ini mengumumkan salah satu ciri yang akan hadir pada Android 15 kelak, iaitu Private Space. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menghasilkan ruangan tersembunyi khas yang menempatkan pelbagai data seperti aplikasi – dan mengelak orang lain yang mempunyai akses peranti anda melihatnya.

Daripada demo yang ditunjukkan, pengguna boleh menatal pada bahagian aplikasi sehingga ke bawah, dan seterusnya mengaktifkan akses ke Private Space dengan melakukan imbasan biometrik.

Google menyatakan ruangan ini boleh digunakan untuk menyimpan aplikasi yang memerlukan sekuriti tambahan seperti aplikasi kesihatan, kewangan, perbankan, dan sebagainya.

Untuk makluman, pihak Samsung sedia menawarkan ciri seumpama ini kepada pengguna mereka, dan ia agak menarik untuk melihat Google sendiri melakukan integrasinya secara terus pada sistem operasi melalui Android 15.

Komen