Cari @ Amanz

Google WearOS 5 Akan Mengoptimasikan Dan Menawarkan Masa Penggunaan Bateri Lebih Lama

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu cabaran ramai dalam menggunakan jam tangan pintar adalah berkaitan dengan penawaran masa baterinya. Menyedari perkara ini, Google mula memberikan perhatian kepada sistem operasi Wear OS, dan menyatakan versi baharu kelak akan lebih menjimatkan penggunaan bateri.

Wear OS 5 yang akan datang dikatakan akan menjimatkan tenaga bateri lebih 20% berbanding versi sebelumnya, ketika melakukan larian maraton.

Untuk makluman, Google sedia memfokuskan dan menambah-baik penggunaan bateri sejak versi Wear OS sebelum ini. Buat masa ini, Google masih belum berkongsi berkenaan bilakah Wear OS 5 akan hadir kepada pengguna.


Komen ()