Carian
Pengasas Instagram Kini Menyertai Anthropic Sebagai Ketua Pegawai Produk
May 16, 2024 Fahim Zahar

Mike Krieger adalah antara pengasas Instagram bersama-sama dengan Kevin Systrom. Pada tahun 2018 Krieger dan Systrom meninggalkan Instagram dan membangunkan aplikasi bacaan berita dengan AI tersendiri, Artifact yang kini telah dibeli oleh Yahoo. Terbaru untuk Krieger adalah beliau kini bekerja dengan Anthropic.

Mike Krieger akan menjadi ketua pegawai produk di Anthropic yang akan memantau pembangunan projek, pengurusan dan kerja-kerja rekaan. Antara tanggungjawab utama Krieger adalah memperkenalkan Claude kepada khalayak ramai dan mengendalikan aplikasi serta perkhidmatan untuk perusahaan. CEO Anthropic iaitu Dario Amodei turut mengharapkan Krieger boleh membawa mereka dan Claude ke fasa seterusnya.

Komen