Carian
TikTok Menguji Kebolehan Muat-Naik Video 60 Minit
May 16, 2024 Aman

TikTok yang pada awalnya memfokuskan perkongsian video-video pendek, telah mula meningkatkan sokongan durasi video yang dimuat-naik secara berperingkat. Melalui eksperimen terbaru, TikTok membolehkan beberapa pengguna untuk memuat-naik video berdurasi sehingga 60 minit lamanya.

TikTok menguji ciri baharu ini secara terhad melibatkan sesetengah pengguna di beberapa pasaran. Langkah ini dilihat TikTok terus diposisikan sebagai pesaing YouTube dalam membolehkan pengguna berkongsi video panjang – sekaligus membuatkan pengguna meluangkan masa lebih lama pada platfrom berkenaan.

Ini juga sekaligus membuka kepada kandungan seperti siri-TV dan filem dikongsikan melalui platform TikTok. Sebelum ini, beberapa jenama telah bereksperimen dengan memecahkan video kepada beberapa bahagian – disebabkan sokongan video berdurasi terhad.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk TikTok, dan bilakah ciri ini akan ditawarkan dengan lebih meluas lagi.

Komen