Carian
Meta Menguji Paparan Web Untuk Threads Dengan Rekaan Seumpama Tweetdeck
May 17, 2024 Aman

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi paparan web Threads yang sedang dalam fasa ujian, memperlihatkan ia menawarkan rekaan dan ciri-ciri seumpama Tweetdeck sebelum ini. Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.

Dengan langkah ini, pengguna boleh memantau perkembangan pelbagai topik semasa, carian, interaksi akaun dan sebagainya melalui satu paparan – yang dikemaskini secara masa-nyata, tanpa perlu memuatkan semula laman sepanjang masa.

Pihak Threads menyatakan buat masa ini ia masih pada peringkat ujian terhad, dan melibatkan sejumlah pengguna sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan – dan tidak mustahil akan menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakannya, terutamanya agensi pemasaran dan sebagainya.

Komen